1.0 Pantulan
1.Pantulan ialah suatu penjelmaan yang menterbalikkan semua titik di suatu satah pada suatu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan.
2. Sifat-sifat pantulan:
- Setiap titik dan imejnya yang sepadan berada pada jarak yang sama dari paksi pantulan.
- Titik-titik pada paksi pantulan tidak mengalami sebarang perubahan kedudukan.
- Bentuk dan saiz suatu objek tidak berubah selepas pantulan.
- Orientasi imej bagi objek adalah terbalik.
- Objek dan imejnya berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan.
Contoh soalan:
Lukis imej bagi segi tiga ABC di atas bawah pantulan pada garisan y=4 dan garisan x=3.
Penyelesaian
Garisan DE telah dilukis untuk menunjukkan garisan x=3 manakala garisan FG telah dilukis untuk menunjukkan garisan y=4.
Seterusnya, imej A'B'C' bagi segi tiga ABC di bawah pantulan pada garisan FG telah dilukis dengan semua titik objek dan imej mempunyai jarak yang sama dari paksi pantulan manakala titik C tidak berubah kerana jarak antara titik C dengan garisan FG adalah 0 unit.
Seterusnya, imej A''B''C'' bagi segi tiga ABC di bawah pantulan pada garisan DE telah dilukis dengan semua titik objek dan imej mempunyai jarak yang sama dari paksi pantulan.
Selepas dipantul, orientasi imej bagi objek adalah terbalik. Bentuk dan saiz juga tidak berubah selepas pantulan.
Pentaksiran 1.1
1. Cari imej bagi titik A (1,1) di bawah pantulan pada paksi-y.2. Cari imej bagi titik B (2,4) di bawah pantulan pada garisan x=2.
3. Cari imej bagi segi tiga ABC di bawah pantulan pada garisan x=5.
2.0 Translasi
Translasi ialah pergerakan secara mengufuk atau secara mencancang.
⟹Objek bergerak sebanyak x unit ke kanan dan y unit ke atas.
⟹Objek bergerak sebanyak x unit ke kiri dan y unit ke atas.
⟹Objek bergerak sebanyak x unit ke kanan dan y unit ke bawah.
⟹Objek bergerak sebanyak x unit ke kiri dan y unit ke bawah.
Kesimpulan:
⟹Objek gerak ke kiri atau kanan (gerakan paksi-x)
⟹Objek gerak ke atas atau bawah (gerakan paksi-y)
Contoh soalan
Cari imej bagi segi empat ABCD di bawah transalsi:
Menurut soalan, x merupakan nilai positif dan y merupakan nilai negatif. Jadi, koordinat-x bagi imej A'B'C'D' bergerak 2 unit ke kanan dan koordinat-y bergerak 3 unit ke bawah.
Pentaksiran 2.1
Cari imej bagi segi tiga ABC di bawah translasi:
1.
2.
3.
4.
1.Titik tetap = pusat pembesaran
2. Nisbah = faktor skala
4. Luas imej :
Contoh:
Penyelesaian:
2. Diberi luas objek ialah 9m2 dan luas objek ialah 81m2. Cari faktor skala.
Penyelesaian:
1.
2.
3.
4.
3.0 Putaran
Putaran ialah suatu penjelmaan yang memusingkan semua titik di suatu satah pada suatu titik melalui suatu sudut dan pada arah yang telah ditentukan. Titik tersebut dikenali sebagai pusat putaran dan sudutnya sebagai sudut putaran.
Rajah 1: Pusat putaran
Ø Jarak di antara objek ke pusat putaran dan jarak di antara imej ke pusat putaran sama. Di antara dua garis lurus tersebut mesti membentuk sudut yang dikehendaki.
Ø Jika satu penjelmaan ialah bukan translasi, bukan pantulan dan juga bukan pembesaran maka ia adalah putaran.
Rajah 2: 90o Putaran melawan arah jam
Melalui rajah di atas, titik P dipusingkan ke titik P’ mengikut lengkok bulatan pada titik O iaitu pusat putaran, melalui 90o pada arah lawan jam. Oleh itu, penjelmaan itu ialah satu putaran.
Ciri-ciri putaran:
ü Setiap titik diputarkan melalui sudut yang sama, iaitu setiap garis yang menyambungkan titik itu dengan pusat putaran yang diputarkan melalui sudut yang sama.
ü Jarak titik dan imejnya dari pusat putaran adalah sama.
ü Garis pembahagi dua sama panjang bagi garis yang menyambungkan suatu titik dan imejnya sentiasa melalui pusat putaran.
ü Bentuk, saiz dan orientasi suatu objek adalah tidak berubah selepas putaran.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu tentang putaran:
i) Sudut putaran (angle of rotation)
– biasanya ia adalah sudut 90o dan 180o
ii) Arah putaran (direction)
– ikut arah jam atau lawan arah jam (clockwise, anti-clockwise)
– Jika sudut 180o, arah putaran boleh diabaikan.
iii) Pusat putaran (center of rotation)
– di mana-mana titik pada satah cartesan
Contoh Soalan
Lukis imej bagi imej bagi segi tiga PQR di bawah suatu putaran lawan arah jam melalui 90opada asalan O. Kemudian, tulis koordinat-koordinat imej bagi titik P’, Q’ dan R’.
Penyelesaian
P’= (1,2), Q’= (-4,3) dan R’= (-2,0)
Pentaksiran 3.1
1. Dalam rajah, segi tiga LMN dipindah ke segi tiga L’M’N’ di bawah satu putaran. Antara titik-titik A, B, C dan D, yang manakah merupakan pusat bagi putaran itu?
2.
Tindakan imej bagi titik K jika titik itu diputarkan pada asalan.
(a) Melalui 90o ikut arah jam
(b) Melalui 90o lawan arah jam
(c) Melalui 180o
(d) Melalui 270o lawan arah jam
4.0 Pembesaran
Pembersaran ialah suatu pemjelmaan di mana semua titik objek bergerak dari satu titik tetap, mengikut suatu nisbah tertentu.
1.Titik tetap = pusat pembesaran
2. Nisbah = faktor skala
3. Bagi pembesaran, bentuk objek tidak berubah pada imejnya.
4. Luas imej :
Contoh:
Contoh:
1. Diberi faktor skala ialah 3, luas imej ialah 60 cm2. Cari luas objek.
Guna formula:
60 = 32 x luas objek
Luas objek = 6.67 cm2
2. Diberi luas objek ialah 9m2 dan luas objek ialah 81m2. Cari faktor skala.
Guna formula:
81 = k2 x 9
k = 3
Pentaksiran 4.0 :
1. Cari pusat pembesaran dan faktor skala.
2. Diberi faktor skala = 3, lukiskan imej bagi B (B’).
Marilah bersama-sama main kuiz ini !!!